Sertai Pertandingan

ANUGERAH SERI MELAKA !

Anugerah Seri Melaka (ASM) dianjurkan bagi menghargai anak kelahiran Negeri Melaka yang berjaya serta menyumbang bakti di peringkat kebangsaan mahupun di persada dunia. Penerima ASM dipilih menjadi ikon kebangaan Melaka berdasarkan kejayaan yang dicapai dalam bidang masing masing seperti perkhidmatan awam, korporat, sukan dan seni budaya.

Kategori

YANG DIPERTANDINGKAN

Memperolehi pencapaian yang cemerlang dan luar biasa di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam sektor awam dan menduduki tempat tertinggi dalam jawatan utama sektor awam.

Individu yang mendapat pencapaian yang cemerlang dan luar biasa di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam sebarang sektor korporat dan mengharumkan nama Negeri Melaka dan Malaysia.

Individu yang mempamerkan dan memperolehi pencapaian yang cemerlang dan luar biasa di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang memberi sumbangan kepada pengekalan dan pemugaran seni budaya dan warisan negara.

Individu yang mempamerkan dan memperolehi pencapaian yang cemerlang dan luar biasa di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Asas

PERTANDINGAN

Penerima Anugerah Seri Melaka terdiri daripada anak-anak kelahiran Melaka yang mendapat pendidikan awal di Melaka dan berjaya serta menyumbang bakti di peringkat kebangsaan mahu pun di persada dunia.

  1. Calon dikehendaki untuk mengemukakan dokumen pencalonan yang menerangkan tentang butir peribadi, pencapaian dan bukti bukti pengiktirafan pencapaian tersebut.
  2. Pencalonan yang lengkap akan diasingkan mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).
  3. Sumbangan calon membolehkan masyarakat mencapai aspirasi sebagai pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.
  4. Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

Syarat

PERTANDINGAN

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Menghasilkan dampak yang signifikan melalui sumbangan yang telah dijalankan.
  2. Telah menerima anugerah atau pengiktirafan daripada badan profesional pada peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa dalam tempoh masa 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).
  3. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang yang diterajui.
  4. Calon terdiri daripada pelbagai kaum serta bersih daripada rekod jenayah.