Syarat

PERTANDINGAN

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

  1. Calon hendaklah mendapat pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Melaka.
  2. Pencalonan dibuka kepada individu yang lahir dan bersekolah di negeri Melaka serta menempa nama serta kejayaan di peringkat negeri,negara dan seluruh dunia.
  3. Calon dikehendaki mengemukakan dokumen pencalonan yang menerangkan tentang butir peribadi pencapaian dan bukti-bukti pengiktirafan pencapaian
  4. Sumbangan calon membolehkan masyarakat mencapai aspirasi sebagai pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat.
  5. Menghasilkan dampak yang signifikan melalui sumbangan yang telah dijalankan.
  6. Telah menerima anugerah/ pengiktiraafan daripada badan profesional pada peringkat kebangsaan dan/ antarabangsa dalam tempoh masa 5 tahun terakhir.
  7. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan secara berterusan dalam bidang yang diterajui.